Ford Buang 3,000 Pekerja, Percepat Peralihan Kepada Kenderaan Elektrik

Ford Buang 3,000 Pekerja, Percepat Peralihan Kepada Kenderaan Elektrik

Ford Motor Company mengesahkan semalam bahawa ia akan memberhentikan kira-kira 3,000 kakitangan, terutamanya di Amerika Utara dan India. Keputusan

Ford Motor Company mengesahkan semalam bahawa ia akan memberhentikan kira-kira 3,000 kakitangan, terutamanya di Amerika Utara dan India.

Keputusan itu dibuat sebagai salah satu usaha syarikat mempercepatkan peralihannya kepada kenderaan elektrik.

Berhadapan dengan saingan daripada Tesla dan syarikat pemula lain, syarikat-syarikat pembuat kereta tradisional telah mempercepatkan pengeluaran model elektrik mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penstrukturan semula itu melibatkan 2,000 jawatan bergaji dan 1,000 kontraktor yang mana kebanyakkan di AS, Kanada dan India tanpa menjejaskan pekerja-pekerja kilang, kata jurucakap Ford.

Media-media AS juga telah pun melaporkan pada bulan Julai bahawa Ford, yang mempunyai kira-kira 182,000 pekerja di seluruh dunia, sedang bersedia untuk membuang beberapa ribu kakitangan.

“Tiada keraguan lagi, kami benar-benar mempunyai terlalu ramai orang di kawasan tertentu,” kata presiden dan CEO Ford Jim Farley dalam satu panggilan persidangan pada akhir Julai.

“Kami mempunyai kemahiran yang tidak berfungsi lagi… dan kami mempunyai pekerjaan yang perlu diubah,” katanya, tanpa menyatakan bilangan jawatan yang akan disingkirkan.

Gergasi pembuat kenderaan itu sebelum ini berkata ia merancang untuk membelanjakan AS$50 bilion bagi pengeluaran kenderaan elektrik menjelang 2026.

Ford pada bulan Mac lalu juga mengumumkan bahawa ia mracangan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi kenderaan tradisional sehingga AS$3 bilion setahun.

Pemberhentian kerja yang diumumkan semalam adalah “konsisten dengan apa yang telah kami sebutkan untuk sekian lama” dan bertujuan untuk menjadikan Ford “lebih cekap,” kata jurucakap itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: