Forex Minggu Ini – Pergolakan Politik Berterusan

Forex Minggu Ini – Pergolakan Politik Berterusan

Tumpuan para pemain pasaran pada minggu ini akan terus tertumpu kepada perkembangan pergolakan politik yang sedang berlaku di AS, UK dan China yang t

Tumpuan para pemain pasaran pada minggu ini akan terus tertumpu kepada perkembangan pergolakan politik yang sedang berlaku di AS, UK dan China yang terus menjadi sentimen di dalam pasaran pada ketika ini.

Pada hujung minggu, pemberi maklumat kedua di dalam kes Presiden AS Donald Trump – Ukraine telah tampil dengan mengatakan mempunyai pengetahuan utama mengenai tuduhan yang sebelum ini. Donald Trump dan pentadbiran tertinggi beliau dikatakan telah meminta campurtangan asing di dalam pilihanraya Amerika bagi tujuan kepentingan politik dan peribadi Trump.

Di Eropah, President Parlimen EU Donald Tusk telah menolak pelan Brexit Perdana Menteri UK, Boris Johnson. Ireland juga telah menolak pelan tersebut disebabkan oleh beberapa isu berkenaan dengan sempadan dua buah negara ini. Ketua perunding EU, Michel Barnier berkata kerajaan Boris bertanggungjawab bagi keadaan ‘no-deal Brexit’ setelah lebih daripada tiga tahun perbincangan antara UK dan Brussels, ia digagalkan malam tadi. Keadaan ini dilihat bakal membawa kepada potensi tempoh pemanjangan Artikel 50 dan seterusnya akan membuka pintu kepada Pilihanraya Umum UK.

Rundingan perdagangan AS-China akan diteruskan semula pada minggu ini setelah negara tembok besar itu bercuti panjang pada minggu lalu. Sentimen sekitar rundingan ini tidak begitu baik namun terdapat harapan yang tinggi untuk kedua-dua kuasa besar ekonomi ini mencapai kata sepakat. Pentadbiran China dikatakan masih belum bersetuju dengan beberapa perkara di dalam rundingan namun masih optimis ia akan berjalan dengan baik dan mengatakan ia mungkin terpaksa mengambil sedikit masa sebelum perkara-perkara utama yang lain dapat dipersetujui bersama.

Tinjauan pada Indeks ‘Fear & Greed’ yang kali terakhir dikemaskini pada 4 Oktober menunjukkan pasaran sedang berada di dalam “ketakutan”. Harga emas dibuka tinggi dengan ‘gapped-up’ sebanyak lebih daripada 70pips pada awal pagi ini. Matawang Yen turut mengukuh pada pembukaan pasaran minggu ini akibat daripada sentimen ‘safe have’ yang dipacu oleh perkembangan situasi politik global yang berlaku pada hujung minggu lalu. Ketidakhadiran terbitan data ekonomi berimpak tinggi pada hari ini memungkinkan keadaan ini berkekalan sehingga sesi dagangan AS bermula.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: