foxconn-e1669291890974

Foxconn Akui Kesilapan Dalam Pengambilan Pekerja Di Kilang iPhone Terbesar Di Dunia

Pembekal utama Apple, Foxconn, berkata pada Khamis terdapat “kesilapan teknikal” apabila mengambil rekrut baru di kilang iPhone yang dilanda Covid di China.

Syarikat turut mengeluarkan permohonan maaf kepada para pekerja selepas susulan pergolakan buruh yang baharu.

Kilang iPhone terbesar di dunia di bandar Zhengzhou pada hari Rabu dilaporkan telah berlakunya pertempuran antara anggota keselamatan ketika ratusan bekerja turun membantah di sana.

Rusuhan itu tercetus akibat tuntutan gaji tertunggak serta kekecewaan terhadap pelaksanaan dasar sekatan Covid-19 yang buruk.

Para pekerja yang terlibat dalam rusuhan itu berkata mereka telah dimaklumkan bahawa Foxconn berhasrat untuk menangguhkan pembayaran bonus.

Beberapa pekerja juga mengadu mereka terpaksa berkongsi asrama dengan rakan sekerja yang telah diuji positif untuk Covid.

“Pasukan kami telah meneliti perkara itu dan mendapati kesilapan teknikal berlaku semasa proses induksi” kata Foxconn dalam satu kenyataan, merujuk kepada pengambilan pekerja baharu.

“Kami memohon maaf atas kesilapan input dalam sistem komputer dan menjamin bahawa gaji sebenar adalah sama seperti yang dipersetujui serta dalam poster pengambilan rasmi,” tambah mereka.

Kilang iPhone itu telah digegarkan oleh pergolakan dan rasa tidak puas hati para pekerja sejak Oktober lalu.

Pergolakan terkini telah mendedahkan masalah komunikasi dan ketidakpercayaan pengurusan Foxconn di kalangan beberapa kakitangan, dengan beberapa pekerja menuduh syarikat itu tidak bertindak secara berkesan untuk mengekang penularan Covid dan kemudian mengelirukan mereka berhubung gaji.

Syarikat Taiwan itu berkata ia akan menghormati kehendak rekrut baharu yang mahu meletak jawatan dan meninggalkan asrama kilang, dan akan menawarkan mereka “subsidi penjagaan”.

Sumber Foxconn berkata, subsidi tersebut berjumlah 10,000 yuan (AS$1,400) bagi setiap pekerja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *