Fundamental Ekonomi China Masih Lemah, Harga Minyak Merosot Pada Hari Isnin

Fundamental Ekonomi China Masih Lemah, Harga Minyak Merosot Pada Hari Isnin

Harga minyak terus merosot pada hari Isnin berikutan outlook ekonomi China dan isu perang perdagangan yang masih menekan permintaan pengimport minyak

Harga minyak terus merosot pada hari Isnin berikutan outlook ekonomi China dan isu perang perdagangan yang masih menekan permintaan pengimport minyak terbesar didunia sektor pembuatan mereka beransur pulih.

Sehingga jam 4.15 petang, kontrak minyak antarabangsa Brent susut 30 sen kepada $60.73 setong sementara futures minyak WTI pula susut 25 sen kepada $55.66 per tong.

Bacaan rasmi PMI Pembuatan China naik 49.8 mata pada bulan September, lebih tinggi daripada jangkaan dan berbanding bacaan bulan Ogos.

Walau bagaimanapun angka yang diterbitkan oleh Biro Statistik Negara tersebut kekal di bawah 50 mata yang menjadi pemisah antara pengucupan dan perkembangan.

Penganalisis daripada Citibank didalam notanya berkata,”Data PMI kekal di dalam zon pengucupan 5 bulan berturut-turut, mengisyaratkan bahawa fundamental ekonomi masih lemah”

Tambah mereka, “Kerajaan China pasti akan mengumumkan ransangan melalui fiskal dan monetari untuk meningkatkan permintaan domestik yang dilihat berpotensi membantu menstabilkan kembali pertumbuhan ekonomi.

Reuters pada minggu lalu melaporkan bahawa Arab Saudi sebagai pengeksport minyak terbesar dunia telah memulihkan kapasiti pengeluaran mereka kepada 11.3 juta tong sehari (bdp), namun Saudi Aramco belum mengesahkan laporan tersebut.

Walaupun Arab Saudi masih berjaya menstabilkan hasil eksport mereka menerusi bekalan dan gantian kapasti pengeluaran yang ada, jumlah pemulihan sebenar hanya dapat disahkan beberapa minggu kehadapan.

Putera Mahkota Saudi pada hari Ahad lalu mengatakan harga minyak mampu melonjak kepada ‘angka yang tidak dapat digambarkan’ jika setiap negara tidak bersama-sama menghalang Iran.

Namun beliau tetap memilih untuk mendapatkan penyelesaian menerusi diplomatik berbanding ketenteraan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: