Sekumpulan jurutera, penyelidik dan syarikat cip yang berpangkalan di Silicon Valley bekerjasama untuk mengeluarkan perisian bahasa Arab termaju yang boleh menjanakan aplikasi AI generatif.
Model bahasa besar baharu yang dipanggil Jais itu mengandungi 13 bilion parameter yang dibuat daripada kumpulan besar data yang menggabungkan bahasa Arab dan Inggeris, sebahagian daripadanya adalah daripada kod komputer.
Model bahasa baharu itu dicipta dengan bantuan superkomputer yang dihasilkan oleh Cerebras Systems, Condor Galaxy, pereka semikonduktor yang bersaing dengan perisian AI berkuasa Nvidia.
Kekurangan bekalan cip Nvidia telah mendorong syarikat di seluruh dunia untuk mencari alternatif.
Cerebras pada tahun ini mengumumkan ia telah menjual tiga unit sedemikian kepada G42, dengan yang pertama dijadualkan tiba tahun ini dan unit selebihnya akan dihantar pada 2024.
Model bahasa sumber terbuka yang dinamakan sempena puncak tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UEA), Jais adalah hasil kerjasama antara Cerebras, Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed dan anak syarikat konglomerat teknologi G42 Inception yang berpangkalan di Abu Dhabi.
Profesor AI Universiti Mohamed bin Zayed, Timothy Baldwin berkata model itu dikodkan dengan data berbahasa Inggeris berikutan kekurangan data Arab yang cukup untuk melatihnya.
Namun, kod tersebut tetap memberikan model Jais satu kelebihan dari segi kebolehan untuk membuat justifikasi, kerana ia dapat menulis langkah-langkah (logik),” kata Baldwin.