G7 Kritik Keputusan India Untuk Hentikan Eksport Gandum

G7 Kritik Keputusan India Untuk Hentikan Eksport Gandum

Menteri pertanian negara G7 mengecam keputusan India untuk mengharamkan eksport gandum tanpa diluluskan oleh kerajaan selepas negara itu dilanda feno

Menteri pertanian negara G7 mengecam keputusan India untuk mengharamkan eksport gandum tanpa diluluskan oleh kerajaan selepas negara itu dilanda fenomena gelombang panas.

“Jika semua orang mula mengenakan sekatan eksport atau menutup pasaran, itu akan memburukkan lagi krisis,” kata menteri pertanian Jerman Cem Ozdemir pada sidang media di Stuttgart.

India hari ini mengharamkan eksport gandum tanpa kelulusan kerajaan terlebih dahulu selepas peningkatan suhu melanda pengeluaran baru-baru ini.

Keputusan mengejut India itu telah memberi tamparan yang hebat kepada negara-negara yang sedang terjejas oleh kekurangan bekalan akibat perang di Ukraine.

Tanah Hindu yang merupakan negara pengeluar gandum kedua terbesar di dunia itu berkata kebimbangan terhadap “keselamatan makanan” sendiri telah meningkat susulan tekanan pasaran pertanian dunia serta kenaikan harga yang mendadak akibat perang.

India berkata semua perjanjian eksport yang dipersetujui sebelum arahan yang dikeluarkan pada hari Jumaat itu akan dipenuhi, namun semua penghantaran di masa hadapan perlu mendapat kelulusan kerajaan.

Walau bagaimanapun, eksport juga boleh berlaku jika India meluluskan permintaan oleh kerajaan lain ” bagi memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.”

Sebelum perang, Ukraine mengeksport 4.5 juta tan hasil pertanian setiap bulan melalui pelabuhannya, mewakili 12 peratus daripada gandum dunia, 15 peratus daripada jagungnya dan separuh daripada minyak bunga mataharinya.

Tetapi dengan pelabuhan Odessa, Chornomorsk dan lain-lain yang terputus dari dunia akibat kehadiran kapal perang Rusia, bekalan itu kini hanya boleh didapati melalui laluan darat yang sesak dan kurang cekap.

Pada masa genting ini, menteri perindustrian negara G7 menggesa agar negara di seluruh dunia supaya tidak membuat sekatan yang hanya akan menambah tekanan ke atas penghasilan.

Mereka “bersuara menentang pemberhentian eksport dan juga menyeru agar pasaran terus dibuka”, kata Ozdemir yang ketika ini gilirannya menyandang jawatan presiden kumpulan G7.

“Kami menyeru India untuk memikul tanggungjawabnya sebagai ahli G20,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: