Gabenor Bank Pusat Sepanyol Menggesa Pembaharuan Konstruktif Untuk Ekonomi

Gabenor Bank Pusat Sepanyol Menggesa Pembaharuan Konstruktif Untuk Ekonomi

Ekonomi Sepanyol yang rosak memerlukan reformasi konstruktif yang segera bagi mengatasi kesan koronavirus, termasuk membiarkan syarikat kecil berkemb

Ekonomi Sepanyol yang rosak memerlukan reformasi konstruktif yang segera bagi mengatasi kesan koronavirus, termasuk membiarkan syarikat kecil berkembang untuk bersaing lebih baik di Eropah, kata Bank Pusat Sepanyol (Banco de España) pada hari ini.

“Reka bentuk dan pelaksanaan reformasi harus dipercepatkan, karena pelaksanaannya dipercayai dapat menghasilkan impak yang positif kepada belanja dan pelaburan,” kata Gabenor Bank Pusat Sepanyol Pablo Hernandez de Cos.

Berkata kepada jawatakuasa parlimen Sepanyol pada hari ini, beliau turut menekankan keperluan pembaharuan akses kepada pencen, pekerjaan dan perumahan.

Strategi tersebut perlu diterapkan pada jangka panjang dengan kesepakatan di antara parti politik, jelas beliau.

“Penyatuan fiskal, untuk bahagiannya, perlu dilaksanakan setelah ekonomi kembali ke landasan pertumbuhan yang kukuh, namun definisi dan komunikasi awal mampu memberi manfaat yang penting kepada kredibiliti dasar ekonomi kita”, tambah de Cos.

Pada hari Selasa, de Cos mengatakan aktiviti ekonomi mula memulih selepas sekatan pergerakan tiga bulan diangkat.

“Jika ini berlanjutan, ia akan membuka laluan kepada prestasi yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Namun beliau tetap menyuarakan risiko “ketidakpastian yang cukup besar” yang mana berpotensi mengucupkan pertumbuhan sehingga 15% pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: