Gabenor BNM: Lanjutkan Moratorium Kepada Semua Golongan Bukan Pelaksanaan Terbaik Kepada Ekonomi

Gabenor BNM: Lanjutkan Moratorium Kepada Semua Golongan Bukan Pelaksanaan Terbaik Kepada Ekonomi

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga berkata pemberian moratorium kepada semua golongan seper

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga berkata pemberian moratorium kepada semua golongan seperti yang diperkenalkan sebelum ini bukanlah satu langkah yang baik kepada ekonomi negara.

Beliau menyebutkan bahawa tindakan yang tepat bagi memastikan pemulihan ekonomi ketika ini adalah dengan menetapkan bantuan secara bersasar.

Menurut Shamsiah, antara punca moratorium secara menyeluruh tidak boleh dilanjutkan adalah;

1) Akan mengekang pinjamam baru kepada isi rumah dan perniagaan kerana bank kekurangan penampan

2) Akan meningkatkan tahap hutang secara keseluruhan sedang mereka yang mampu membayar harus melunaskan hutang mereka

3) Akan mengekang pertumbuhan dan merugikan ekonomi kerana banyak peminjam berhadapan risiko masalah hutang yang lebih tinggi, dengan hutang isi rumah kepada KDNK kini berjumlah 90%

4) Menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit yang bergantung pada bank untuk menjaga simpanan kewangan mereka

5) Akan menjejaskan jutaan rakyat yang menjadi pemegang saham bank melalui simpanan mereka dalam institusi dana seperti ASB, KWSP, Tabung Haji dan KWAP.

Namun Shamsiah tidak menafikan keperluan untuk memberikan bantuan moratorium secara serta merta dan menyeluruh kepada isi rumah dan peminjam PKS di awal perlaksanaan PKP yang lalu berikutan hampir seluruh aktiviti ekonomi telah terhenti sepenuhnya.

Hal ini kerana “ketika ekonomi anda mengucup hampir 30 peratus, itu adalah dasar yang tepat untuk meredakan kebimbangan yang ada di dalam ekonomi”, jelas Nor Shamsiah.

Namun ketika angka-angka ini kembali meningkat, mengimbangkan keperluan pihak berkepentingan yang berbeza adalah kritikal dan peminjam perlu diberikan pilihan mengikut keadaan individu.

Tambahan pula, 89% daripada peminjam PKS dan 73% daripada isi rumah telah mula melunaskan bayaran balik selepas moratorium tamat pada September yang lalu, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: