Gabenor BoE Menyeru Perbankan UK Menambah Persiapan Untuk Berhadapan ‘No-Deal’ Brexit

Gabenor BoE Menyeru Perbankan UK Menambah Persiapan Untuk Berhadapan ‘No-Deal’ Brexit

Gabenor BoE Andrew Bailey dalam satu kenyataan di Sky News pada hari ini mengarahkan supaya pihak bank untuk menambah lebih banyak rancangan bagi ber

Gabenor BoE Andrew Bailey dalam satu kenyataan di Sky News pada hari ini mengarahkan supaya pihak bank untuk menambah lebih banyak rancangan bagi berhadapan dengan risiko no-deal Brexit sebelum tamatnya tempoh peralihan pada akhir tahun ini.

Bailey telah mengadakan persidangan dalam talian bersama para pemberi pinjaman terbesar di Britain pada hari Selasa dan menekankan bahawa mereka (pihak perbankan) perlu meningkatkan rancangan untuk peralihan Brexit tanpa sebarang perjanjian, jelas Sky News.

Tiada sebarang ulasan rasmi dikeluarkan oleh bank pusat terhadap kenyataan laporan Sky News di atas.

Britain telah meninggalkan EU pada bulan Januari dengan tempoh peralihan bakal berakhir tamat pada 31 Disember.

Jika tiada perjanjian ditermeterai bersama EU selepas tempoh tersebut, bank-bank, syarikat insurans dan pengurus aset di UK hanya akan mendapat akses yang terhad sebagaimana yang diberikan oleh blok Eropah kepada AS, Jepun dan Singapura.

Menteri Perkhidmatan Kewangan Britain John Glen pada hari ini mengatakan bahawa industri perkhidmatan kewangan negara adalah “bertaraf dunia” dan bersedia berhadapan dengan sebarang bentuk Brexit.

“Saya yakin bahawa kita masih berada di kedudukan yang baik sebagai sebuah sektor, apa pun hasil rundingan yang akan kami hadapi pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam satu sesi webinar.

UK ingin mengikat sebuah komitmen dengan EU ke atas akses pasaran kewangan untuk mengelakkan industri kewangan mereka tiba-tiba terputus dari blok Eropah, namun permintaan ini ditolak oleh Brussels, kata pegawai dan diplomat EU semalam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: