Gabenor BoE: Pertumbuhan Dijangka Negatif Pada Suku Pertama, Namun Tidak Seburuk Tahun Lalu

Gabenor BoE: Pertumbuhan Dijangka Negatif Pada Suku Pertama, Namun Tidak Seburuk Tahun Lalu

Gabenor Bank Pusat England (BoE), Andrew Bailey dalam satu kenyataan hari ini berkata bank pusat menjangkakan pertumbuhan negatif pada suku pertama.

Gabenor Bank Pusat England (BoE), Andrew Bailey dalam satu kenyataan hari ini berkata bank pusat menjangkakan pertumbuhan negatif pada suku pertama.

Beliau berkata bahawa ekonomi sedang berdepan krisis dan gangguan yang berat, namun tidak menafikan terdapatnya asas dagangan yang kukuh dan berterusan.

Selain itu, perkembangan program vaksinansi dan pengurangan kes Covid juga menjadi penyokong terhadap hal tersebut.

“Mungkin kita sekarang mulai melihat adanya cahaya di hujung terowong. Apa yang saya dengar pada hari ini benar-benar membantu menambah harapan dalam gambaran menyeluruh yang kami miliki”, jelas Bailey.

Sebahagian sektor ekonomi sangat terjejas terutamanya mereka yang bergantung dengan kontak rapat sesama manusia seperti peruncitan, perhotelan dan pelancongan.

Namun masih ada sektor-sektor yang tidak begitu terjejas, malah para peniaga atas talian juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

Bailey juga menegaskan bahawa “Kesan penutupan kedua akhir tahun lalu adalah lebih rendah berbanding yang pertama”.

Namun bagi penutupan kali ketiga yang lebih besar, Bailey tidak menolak akan berlakunya pertumbuhan negatif pada Q1, namun yakin kesannya tidak seburuk musim bunga tahun lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: