Gabenor BoE Yakin UK & EU Akan Mengikat Perjanjian Perdagangan Tahun Ini

Gabenor BoE Yakin UK & EU Akan Mengikat Perjanjian Perdagangan Tahun Ini

Gabenor Bank Pusat England, Andrew Bailey berkata bahawa beliau yakin Britian dan Kesatuan Eropah akan berjaya mengikat perjanjian perdagangan dan ti

Gabenor Bank Pusat England, Andrew Bailey berkata bahawa beliau yakin Britian dan Kesatuan Eropah akan berjaya mengikat perjanjian perdagangan dan tidak menyangkakan gelombang wabak Covid-19 yang baru adalah lebih buruk berbanding sebelumnya.

“Saya fikir ianya adalah kepentingan untuk kedua belah pihak, iaitu untuk mendapatkan perjanjian”, jelas Bailey dalam sesi wawancara bersama Yorkshire Post hari ini.

“Saya terkejut apabila EU ingin menyekat kawasan-kawasan perniagaan rakyat mereka. Kami akan terus memastikan pasaran kami dibuka kepada dunia”, tambah beliau.

Michael Gove, yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap keputusan Brexit di UK berkata kepada dewan parlimen bahawa beliau melihat dua atau tiga peluang untuk kedua-dua negara mencapai perjanjian sebelum tamaynya peralihan post-Brexit pada akhir tahun ini.

Bailey pula mengulangi kenyataan walaupun beliau ingin melihat UK dan EU mengekalkan paiawan yang setaraf dalam peraturan perkhidmatan kewangan, namun adalah salah bagi Britian untuk terus mengikuti peraturan EU yang mereka tidak mempunyai kuasa di atasnya.

Beliau juga mengatakan peningkatan kes jangkitan Kornavirus di UK berkemungkinan akan menekan ekonomi walaupun dengan kesan yang lebih rendah berbanding di awal krisis lalu yang mana telah mengakibatkan penyusutan 20% KDNK pada suku tahun kedua 2020.

BoE bersedia untuk terus bertindak jika diperlukan dan alat-alat dasar akan digunakan sepenuhnya bagi membantu perniagaan dan warga negara ini, jelas Bailey.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: