Gabenor BoJ: Bank Pusat Terbuka, Fleksibel & Inovatif Dalam Menggubal Dasar

Gabenor BoJ: Bank Pusat Terbuka, Fleksibel & Inovatif Dalam Menggubal Dasar

Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ) Haruhiko Kuroda semalam sekali lagi mengulangai kenyataan bahawa mereka akan terus memerhatikan dengan teliti kesan Co

Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ) Haruhiko Kuroda semalam sekali lagi mengulangai kenyataan bahawa mereka akan terus memerhatikan dengan teliti kesan Covid-19 ke atas ekonomi dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika diperlukan.

Beliau menyebutkan bahawa BoJ masih mempunyai alat-alat dasar yang dapat digunakan bagi menangani kemelesetan akibat krisis kesihatan ini.

“Kami felksibel, inovatif apabila mempertimbangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu ekonomi”, jelas beliau.

Kuroda berpandangan ekonomi semakin kukuh berbanding kejatuhan April-Jun yang lalu, dengan peningkatan hasil eksport dan pengeluaran.

Namun beliau tetap memperingatkan bahawa perbelanjaan terutamanya pada sektor perkhidmatan masih dalam keadaan yang lemah.

“Pandemik Covid-19 telah menekan permintaan pengguna, oleh itu kadar inflasi di Jepun dijangka akan bertukar negatif untuk beberapa waktu.

“Kami menjangkakan inflasi akan kembali positif pada tahun hadapan, dan meningkat secara beransur-ansur pada tahun berikutnya”, tambah Kuroda.

Antara aspek positif daripada kawalan lengkungan hasil adalah menjadikan kerjasama antara dasar monetari dan fiskal bergerak secara automatik, ujar beliau.

Kuroda juga menegaskan bahawa mandat bank pusat adalah memastikan aktiviti ekonomi berjalan lancar dan mencapai sasaran dua peratus inflasi, bukan melupuskan defisit kerajaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: