Gabenor BoJ: Kadar Faedah Negatif Bukan Penghalang Kepada Fleksibiliti Dasar

Gabenor BoJ: Kadar Faedah Negatif Bukan Penghalang Kepada Fleksibiliti Dasar

Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Haruhiko Kuroda dalam sidang media selepas mesyuarat dasar hari ini menyebutkan bahawa ketidaktentuan unjuran ekonomi

Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Haruhiko Kuroda dalam sidang media selepas mesyuarat dasar hari ini menyebutkan bahawa ketidaktentuan unjuran ekonomi Jepun ketika ini masih tinggi.

Namun, bank pusat tetap tidak melihat kemungkinan berlakunya lonjakan besar-besaran pada kes jangkitan Covid-19.

Kuroda walau bagaimanapun menyatakan bahawa bank pusat tidak akan teragak-agak untuk melonggarkan lagi dasar kewangan jika diperlukan.

Beliau juga menegaskan kadar faedah negatif bukanlah menjadi penghalang kepada fleksibiliti dasar bank pusat.

Hal ini termasuk melanjutkan program khas tindak balas bank pusat ke atas krisis Covid melebihi Mac 2021, jelas Kuroda.

Selain isu domestik, Kuroda juga berkata BoJ akan terus mengikuti perkembangan ekonomi luar yang kini sedang berhadapan gelombang virus yang baru.

Kuroda enggan mengulas kesan pilihan raya AS ke atas pasaran, namun berkata “pasaran kewangan ketika ini kelihatan agak stabil berbanding saham”.

Beliau juga berkata bank pusat tidak melihat sebarang keperluan untuk menilai semula pembelian bon termasuk bon jangka masa panjang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: