Gabenor BoJ Peringatkan Ketidaktentuan Ekonomi Jepun Masih Tinggi

Gabenor BoJ Peringatkan Ketidaktentuan Ekonomi Jepun Masih Tinggi

Jepun telah mengalami kemelesetan ekonomi terburuk dalam sejarah pada suku tahun kedua, dan penganalisis melihat pemulihan akan bergerak perlahan ber

Jepun telah mengalami kemelesetan ekonomi terburuk dalam sejarah pada suku tahun kedua, dan penganalisis melihat pemulihan akan bergerak perlahan berikutan kebimbangan terhadap risiko gelombang virus yang kedua.

BoJ pula telah memperkenalkan ransangan tambahan pada Mac dan April menerusi pembelian aset dan pembentukan fasiliti pinjaman baru bagi mengurangkan beban pendanaan korporat dan telah mengekalkan dasar ultra-longgar tersebut sehingga hari ini.

Gabenor Bank Pusat Jepun, Haruhiko Kuroda pada hari ini memperingatkan tentang ketidaktentuan yang tinggi terhadap ekonomi negara Jepun dan outlook harga berikutan gelombang wabak Covid-19 terus menganggu kelancaran pertumbuhan global.

Kuroda berkata Jepun kini sedang keluar dari kemerosotan yang teruk yang disebabkan oleh krisis kesihatan ketika dan berkemungkinan menunju pemulihan yang sederhana.

Namun beliau tetap menekankan bahawa bank pusat bersedia mengekalkan dasar bagi mengurangkan beban ke atas pendanaan korporat di samping menambah sokongan menerusi monetari jika diperlukan.

“Terdapat ketidakpastian yang sangat tinggi mengenai prospek ekonomi dan harga. Risiko cenderung ke arah penurunan,” kata Kuroda dalam pesanan video mesyuarat tahunan syarikat-syarikat sekuriti.

Walaupun harga pengguna akan turun buat masa ini disebabkan oleh penurunan harga minyak dan permintaan yang lemah, ianya dijangka pulih ketika ekonomi keluar dari kelembapan, jelas beliau.

“Kami akan memantau kesan wabak ke atas ekonomi dan pasaran secara dekat, dan tidak teragak-agak untuk menambah pelonggaran sebagaimana diperlukan,” kata Kuroda.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: