Gabenor RBA Lowe: Kadar Faedah Tidak Akan Dinaikkan Sehingga Tahun 2024

Gabenor RBA Lowe: Kadar Faedah Tidak Akan Dinaikkan Sehingga Tahun 2024

Satu pakej ransangan yang baru bakal diumumkan Rizab Bank Australia (RBA) pada pertemuan bulan November, dengan jangkaan akan diperkenalkan kadar fae

Satu pakej ransangan yang baru bakal diumumkan Rizab Bank Australia (RBA) pada pertemuan bulan November, dengan jangkaan akan diperkenalkan kadar faedah yang lebih rendah.

Gabenor RBA, Philip Lowe pada hari ini berkata bahawa beliau tidak melihat kadar faedah akan dinaikkan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Kenyataan dovish Lowe ini telah mendorong AUD/USD jatuh daripada 0.7170 kepada 0.7140 di awal sesi pasaran Asia.

Beliau juga berkata dengan alat dasar yang dimiliki, bank pusat komited untuk melakukan yang terbaik dalam membantu pemulihan ekonomi.

Lowe juga berpandangan kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga inflasi stabil dalam julat sasaran.

Malah, beliau menyebutkan prospek untuk melonggarkan dasar adalah lebih tinggi berbanding pertemuan yang lalu.

RBA juga sedang mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh dikedapan bagi membantu pekerjaan, pendapatan dan perniagaan di Austrlia supaya dapat melancarkan pemulihan.

Lowe turut menegaskan peningkatan pinjaman kerajaan masih terurus dan berpatutan, bahkan satu tindakan yang tepat demi kepentingan negara.

Menilai prospek pekerjaan, kadar pengangguran dijangka meningkat sementara pendapatan isi rumah pula dijangka merosot.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: