Gabungan Faktor-Faktor Negatif Terus Menekan GBP/USD Menjelang Keputusan FOMC

Gabungan Faktor-Faktor Negatif Terus Menekan GBP/USD Menjelang Keputusan FOMC

GBP/USD kekal merah untuk lima sesi berturut-turut pada hari Rabu, namun masih bertahan di atas paras psikologi $1.30. Pengukuhan dolar AS dengan

GBP/USD kekal merah untuk lima sesi berturut-turut pada hari Rabu, namun masih bertahan di atas paras psikologi $1.30.

Pengukuhan dolar AS dengan statusnya sebagai salah satu pilihan safe haven turut menjadi faktor menekan pasangan matawang GBP/USD sejak 23 Januari yang lalu.

Penurunan walau bagaimanapun terhad berikutan para pelabur dilihat menghindari daripada meletakkan sebarang posisi pelaburan yang agresif menjelang keputusan dasar FOMC pada awal pagi Khamis.

Fed dijangka mengekalkan kadar faedah sekitar 1.50-1.75% dan para pelabur akan meneliti kenyataan yang akan dikeluarkan bagi melihat apakah terdapat isyarat yang menunjukkan perubahan yang besar ke atas pendekatan dasar di masa hadapan.

Sementara bagi pelabur pound pula, prospek pemotongan kadar faedah yang akan diumumkan oleh BoE pada hari esok serta perkembangan isu Brexit akan terus menjadi pemandu utama kepada pergerakan GBP/USD yang seterusnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: