Gaji Individu Tahun 2020 Boleh Capai RM4K Sebulan, Betul Ke?

Gaji Individu Tahun 2020 Boleh Capai RM4K Sebulan, Betul Ke?

Berdasarkan laporan Pemantuanan Ekonomi Malaysia (MEM) terkini oleh World Bank Group, mereka yakin bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan pa

Berdasarkan laporan Pemantuanan Ekonomi Malaysia (MEM) terkini oleh World Bank Group, mereka yakin bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan pantas pada tahun ini dengan meningkatkan jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau ‘Gross Domestic Product (GDP) ke paras 5.8% untuk tahun 2018.

Dalam butiran lain, laporan tersebut juga meletakkan jangkaan bahawa pendapatan negara kasar (GNI) Malaysia akan melebihi had pendapatan tertinggi RM49,923 sekitar tahun 2020 sehingga 2025.

Namun begitu, separuh daripada rakyat Malaysia masih memiliki gaji yang lebih rendah daripada jumlah tersebut berikutan pengagihan pendapatan negara yang tidak sekata. Berdasarkan kenyataan World Bank, Malaysia dilihat akan menghadapi cabaran dalam memastikan kesaksamaan pendapatan di masa hadapan.

Analisis daripada World Bank juga menunjukkan faktor-faktor yang akan membantu negara mencapai sasaran paras pendapatan tinggi termasuk jangkaan dalam pertumbuhan GDP, kadar pertukaran matawang dan juga pertumbuhan populasi.

Selain itu, laporan MEM ini juga mengenengahkan isu pendapatan isi rumah yang rendah menyebabkan ketidakseimbangan serta meningkatkan tekanan inflasi. Hal ini boleh dilihat berdasarkan peratusan perbelanjaan daripada jumlah pendapatan oleh golongan miskin atau berpendapatan rendah di kawasan bandar di mana 10% daripada mereka terpaksa menghabiskan hampir 70% daripada pendapatan bagi membeli makanan dan mebiayaai perumahan.

Sumber: Malaysia Economic Monitor 2017, World Bank

Walau bagaimanapun, Word Bank menjelaskan bahawa GNI bukanlah satu-satunya indikator untuk melihat perkembangan sesebuah negara kerana keadaan rakyat boleh diukur melalui prespektif yang berbeza.

Pengarah World Bank, Dr Ulrich Zachau berkata Malaysia perlu berusaha untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan berpendapatan rendah bagi menjamin pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi disamping memberi peluang kepada perubahan struktur negara yang lebih mendalam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: