Galeri Petronas KLCC Tutup Selepas 28 Tahun Beroperasi

Galeri Petronas KLCC Tutup Selepas 28 Tahun Beroperasi

Galeri Petronas akan berhenti beroperasi sebagai galeri awam mulai bulan ini berikutan penyesuaian semula model operasinya selaras dengan perubahan y

Galeri Petronas akan berhenti beroperasi sebagai galeri awam mulai bulan ini berikutan penyesuaian semula model operasinya selaras dengan perubahan yang dibawa oleh pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan Petronas semalam, pekerja tetap yang terjejas oleh penutupan telah berjaya ditukarkan ke bidang pekerjaan baru dalam syarikat itu.

Namun begitu, walaupun ruang awam galeri yang terletak di Suria KLCC telah ditutup, karya-karya seni dari Petronas Art Collection masih tersedia untuk dipinjamkan kepada program dan insiatif yang berkaitan.

Galeri ini telah diwujudkan sejak 28 tahun lalu, bertujuan memperjuangkan seni menerusi usaha Petronas dalam memupuk pembangunan masyarat holistik yang penting bagi kemajuan ekonomi dan sosial negara.

Sejak penubuhannya pada 1992, galeri ini telah terlibat dalam banyak pameran, penerbitan dan program-program yang membantu mempromosikan seni kontemporari Malaysia.

Selain itu, galeri ini turut memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan bakat dan karya tempatan dan menganjurkan banyak pameran-pameran asing bagi menggalakan pertukaran antara artis tempatan dan luar negara untuk kepentingan bersama.

“Galeri Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, seniman, kurator, rakan dan penyokong yang terus memberikan inspirasi selama 28 tahun dalam merealisasikan peranannya untuk memperkayakan kehidupan dan mempromosikan kepemimpinan pemikiran melalui seni,” kata galeri itu dalam satu kenyataan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: