Gangguan Bekalan Dari Syncrude Kanada Punca Simpanan Minyak Mentah Amerika Syarikat Berkurangan.

Gangguan Bekalan Dari Syncrude Kanada Punca Simpanan Minyak Mentah Amerika Syarikat Berkurangan.

Rabu, gangguan berterusan di Syncrude Canada yang menjadi pembekal minyak kepada Amerika Syarikat mendorong kepada kejatuhan minggu kedua berturut-tur

Rabu, gangguan berterusan di Syncrude Canada yang menjadi pembekal minyak kepada Amerika Syarikat mendorong kepada kejatuhan minggu kedua berturut-turut kepada simpanan minyak mentah Amerika Syarikat, ia juga memberi kesan perningkatan kepada harga minyak mentah Brent.

Pada jam 0915 GMT , niagaan hadapan minyak mentah Brent meningkat 7sen untuk didagangkan pada harga $77.83 setong akan tetapi terdapat penurunan pada minyak mentah Amerika Syarikat yang didagangkan pada harga $73.97 setong penurunan 17 sen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institusi Petroleum Amerika ( API ) pada hari Selasa, simpanan minyak mentah Amerika Syarikat berkurangn sebanyak 4.5 juta tong kepada 416.9 juta tong dalam masa seminggu pada 29 Jun, di dala kenyataan itu juga API juga mengumumkan stok untuk petrol dan diesel juga mencatatkan penurunan.

Gangguan bekalan sebanyak 360,000 tong sehari dari Syncrude Kanada antara punca utama penurunan didalam simpanan bekalan Amerika Syarikat dan gangguan tersebut dijangka akan berterusan sehingga akhir Julai nanti.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: