Gangguan Eksoprt Minyak Di Libya Menghadkan Kejatuhan Harga Minyak WTI & Brent Pada Hari Selasa

Gangguan Eksoprt Minyak Di Libya Menghadkan Kejatuhan Harga Minyak WTI & Brent Pada Hari Selasa

Harga minyak masih ditekan oleh kebimbangan pasaran saham global dan keraguan terhadap keberkesanan pemotongan minyak OPEC dalam mengatasi isu lebihan

Harga minyak masih ditekan oleh kebimbangan pasaran saham global dan keraguan terhadap keberkesanan pemotongan minyak OPEC dalam mengatasi isu lebihan bekalan.

Walau bagaimanapun, kejatuhan harga dilihat terhenti seketika selepas Syarikat Minyak Negara Libya (NOC) melaporkan rampasan eksport minyak terbesar di El Sharara oleh pihak militan.

NOC mengatakan penutupan di El Sharara akan mengurangkan 315,000 tong pengeluran minyak sehari (bdp) dan 73,000 bdp di kawasan El Feel.

Pasaran niaga hadapan Brent naik 62 sen ke paras $60.59 setong manakala minyak WTI pula naik 72 sen kepada $51.72 setong setakat jam 9.25malam.

Pasaran minyak mula mencatat peningkatan selepas kerugian hampir 3 peratus pada hari Isnin yang lalu dipandu oleh kelemahan pasaran saham dan kebimbangan kelemahan permintaan minyak akan mensia-siakan usaha OPEC dan Russia menghadkan pengeluaran mereka.

Menteri Tenaga Rusia menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan pengeluaran 50,000 ke 60,000 bdp daripada sasaran pengeluaran dunia bermula Januari.

OPEC pada hari Jumaat lalu mengumumkan pemotongan sebanyak 1.2 juta tong sehari (bdp) daripada paras output Oktober 2018.

Ahli ekonomi dilihat masih ragu apakah angka pemotongan tersebut cukup untuk mengurangkan lebih bekalan minyak global dalam keadaan pasaran masih diselebungi ketidaktentuan daripada rundingan perdagangan China-AS dan isu-isu yang akan memandu kelembapan pertumbuhan ekonomi global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: