GBP/AUD Wave Count Update

GBP/AUD Wave Count Update

Pembentangan Elliott Wave jangka masa panjang, memperlihatkan harga sedang melakukan 5 gelombang impuls penurunan dari puncak Mac 2020. Gelombang

Pembentangan Elliott Wave jangka masa panjang, memperlihatkan harga sedang melakukan 5 gelombang impuls penurunan dari puncak Mac 2020.

Gelombang (1) berakhir pada 1.9664 dan gelombang (2) berakhir pada puncak 2.0593 dengan struktur dalaman terungkai sebagai satu struktur Flat Correction ABC dimana gelombang (A) of (2) berakhir pada 2.0352, gelombang (B) of (2) pada 1.9513 dan gelombang (C) of (2) pada 2.0593.

Dari situ, harga melakukan gelombang (3) dengan struktur dalaman 5 gelombang. Gelombang (i) of (3) berakhir pada 1.9513, gelombang (ii) of (3) pada 1.9898, gelombang (iii) of (3) pada 1.8053, gelombang (iv) of (3) pada 1.8450 dan gelombang (v) of (3) berakhir pada paras harga rendah 1.7867.

Dari situ, pemulihan harga untuk gelombang (4) berlaku dengan struktur dalaman sebagai Flat Correction ABC yang berakhir pada tahap tinggi 1.8404. Kini bila-bila masa sahaja harga untuk memulakan sambungan penurunan untuk melengkapkan seluruh 5 gelombang impuls dari puncak Mac 2020.

Satu kawasan diantara 1.7500 – 1.7253 telah dikenal pasti dimana struktur 5 gelombang impuls ini akan berakhir sebelum satu pemulihan harga yang lebih besar akan berlaku untuk membetulkan seluruh penurunan dari puncak Mac 2020.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: