GBP/CAD WXY Correction

GBP/CAD WXY Correction

Pembentangan Elliott Wave untuk pasangan matawang GBPCAD menunjukkan ketika ini harga sedang melakukan 7 hayunan pendakian yang terbentuk didalam sat

Pembentangan Elliott Wave untuk pasangan matawang GBPCAD menunjukkan ketika ini harga sedang melakukan 7 hayunan pendakian yang terbentuk didalam satu struktur WXY Corrective Wave.

Gelombang (A) of (W) telah berakhir pada puncak 1.7154, kemudian harga turun untuk melakukan gelombang (B) of (W) yang berakhir pada 1.6898 dan gelombang (W) terbentuk setelah gelombang (C) of (W) berakhir pada puncak 1.7292.

Dari situ harga melakukan 3 gelombang pengunduran pasaran didalam 3 gelombang yang berakhir pada 1.6904 dan dilabel sebagai gelombang (X). Gelombang (A) of ( Y ) pula berakhir pada puncak 1.7349 dan gelombang (B) of ( Y) pada 1.6974.

Ketika ini harga sedang melengkapkan gelombang (C) of ( Y ) yang berkemungkinan untuk berakhir didalam satu kawasan diantara 1.7387 – 1.7587. Selagi harga kekal berada dibawah puncak 31 Julai, harga dijangka untuk menyambung semula penurunan untuk satu paras harga rendah yang baru melepasi 1.6808.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: