GBP Jadi Tumpuan Minggu Ini?

GBP Jadi Tumpuan Minggu Ini?

Setiausaha Luar baharu UK, Jeremy Hunt dijadualkan untuk bertemu dengan Menteri Luar China Wang Yi pada minggu ini untuk membincangkan beberapa perkar

Setiausaha Luar baharu UK, Jeremy Hunt dijadualkan untuk bertemu dengan Menteri Luar China Wang Yi pada minggu ini untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan hubungan dua hala antara dua buah negara itu termasuklah isu perdagangan bebas, sekatan ke atas Korea Utara dan kerjasama bagi menghadapi cabaran global.

UK yang akan meninggalkan Kesatuan Eropah dilihat komited untuk terus mengeratkan hubungan perdagangannya dengan China setelah Setiausaha Luar UK yang sebelum ini meletak jawatan dalam protes beliau terhadap pelan kerajaan untuk mengekalkan hubungan perdagangan yang rapat dengan EU setelah Brexit.

Sentimen Brexit masih tetap menghantui percubaan Pound untuk melakukan pergerakan ‘bullish’ pada ketika ini. Pasaran dijangka akan berada di dalam situasi “lihat & tunggu” sebelum hari “Super Thursday” tiba apabila BOE akan mengumumkan kadar faedah mereka pada Khamis nanti.

Penganalisa pasaran rata-rata menjangkakan BOE akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 kepada 0.75% dengan undian MPC pula dijangka terpecah kepada 7-2, di mana 7 adalah menyokong untuk kenaikan kadar faedah manakala 2 menyokong untuk tiada kenaikan  kadar faedah.

Tiada tanda ‘priced in’ berlaku untuk menunjukkan GBP mula mendapat momentum kenaikan sebelum pengumuman kadar faedah. Terbitan data ekonomi UK berskala sederhana yang akan diterbitkan sebelum Khamis mungkin dapat memberikan sedikit momentum pergerakan Pound. Namun secara keseluruhannya, GBP hanya akan berada pada keadaan ‘sideways’ menjelang “Super Thursday”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: