GBP Jatuh Selepas Keputusan BoE Diumumkan, Namun Kekal Tinggi Berbanding Dollar

GBP Jatuh Selepas Keputusan BoE Diumumkan, Namun Kekal Tinggi Berbanding Dollar

Pound masih didagang tinggi berbanding dollar, naik 0.55% dan bertahan di paras 1.2680 setakat jam 9.40 malam. Namun begitu, GBP/USD telah jatuh da

Pound masih didagang tinggi berbanding dollar, naik 0.55% dan bertahan di paras 1.2680 setakat jam 9.40 malam.

Namun begitu, GBP/USD telah jatuh daripada paras tertinggi 1.2707 dan dilihat kembali menguji garisan trend menaik yang terbentuk selepas kejutan positif laporan jualan runcit UK yang melonjak naik melebihi jangkaan.

Data jualan runcit UK yang diterbitkan pada jam 5.30 petang menunjukkan aktiviti ekonomi di peringkat pengeluar berkembang lebih daripada yang dijangkakan.

Jualan runcit pada bulan November dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) melonjak 1.4% vs 0.3% sementara dalam unjuran tahun ke tahun pula naik ke paras 3.6%. vs 1.9%

Hasil jualan Teras yang mengecualikan makanan dan tenaga pula meningkat ke paras 1.2% vs 0.2%  (MoM), dan naik 3.8% vs 1.9%  dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Akan tetapi, bullish pound dengan sokongan data di atas tidak dapat bertahan lama apabila BoE mengeluarkan kenyataan yang dovish selepas mengumumkan keputusan dasar mereka yang terkini.

Ahli MPC sebulat suara mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% dan pembelian bon kerajaan di paras £435 billion dan £10 billion bon korporat.

Menerusi kenyataan yang diterbitkan, BoE berkata isu ketidaktentuan Brexit dilihat semakin serius sejak beberapa bulan yang lalu, dan kejatuhan harga minyak berpotensi menolak infali kembali ke paras 2% tidak lama lagi.

Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu yang berkaitan peralihan UK daripada EU pada 29 Mac 2019 telah menjadi faktor yang menyumbang kepada penguduran pound.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: