GBP/JPY WXY Correction

GBP/JPY WXY Correction

Pembentangan Elliott Wave jangka masa panjang menunjukkan pasasngan matawang ini telah melakukan 5 gelombang pendakian dari paras harga rendah 18 Mac

Pembentangan Elliott Wave jangka masa panjang menunjukkan pasasngan matawang ini telah melakukan 5 gelombang pendakian dari paras harga rendah 18 Mac dan kini sedang melengkapkan hayunan yang ke-6 sebelum satu lagi pendakian untuk paras harga tinggi baru dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

Naik dari paras harga rendah 22 Jun (131.74), harga menyelesaikan gelombang ((i)) pada tahap tinggi 133.97, kemudian melakukan gelombang ((ii)) pada 131.93. Dari situ harga melengkapkan gelombang ((iii)) pada puncak 140.19 dan seterusnya gelombang ((iv)) pada 138.23 dan mengakhiri seluruh 5 gelombang pendakian pada puncak 142.70 untuk diselesaikan sebagai Gelombang (A) of ( Y ).

Sasaran adalah pada 100% fibonacci extension dari paras harga rendah 18 Mac iaitu sekitar 147.45.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: