GBP/USD ABC Correction

GBP/USD ABC Correction

Pasangan matawang ini dalam pembentangan Elliott Wave menunjukkan harga sedang melakukan struktur ABC Correction Wave dari paras harga rendah 30 Mac

Pasangan matawang ini dalam pembentangan Elliott Wave menunjukkan harga sedang melakukan struktur ABC Correction Wave dari paras harga rendah 30 Mac 2020 (1.1409) dan kini berada didalam fasa gelombang (C).

Naik dari paras harga rendah 30 Mac, gelombang (A) berakhir pada 1.2646. Dari situ harga turun didalam 3 gelombang yang berakhir pada paras harga rendah 18 Mei (1.2075).

Pendakian dari paras rendah 18 Mei mencadangkan gelombang 1 dari (C) berakhir pada puncak 10 Jun (1.2812) dengan pengunduran harga untuk gelombang 2 dari (C) berakhir pada paras rendah 29 Jun.

Kini harga sedang melengkapkan 5 gelombang dari paras harga rendah 29 Jun untuk gelombang 3 dari (C). Gelombang ((i)) of 3 berakhir pada 1.2668, gelombang ((ii)) of 3 berakhir pada 1.2479, gelombang ((iii)) of 3 berakhir pada 1.3169, gelombang ((iv)) of 3 pada 1.3003 dan kini sedang menuju ke arah gelombang ((v)) of 3.

Satu kawasan diantara 1.3312 – 1.3650 telah dikenal pasti dimana seluruh struktur ABC Corrective Wave dari paras 20 Mac ini berakhir.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: