GBP/USD Berhadapan Penjualan Yang Agresif, Kehilangan Lebih 100 Pips Pada Hari Khamis

GBP/USD Berhadapan Penjualan Yang Agresif, Kehilangan Lebih 100 Pips Pada Hari Khamis

GBP/USD berhadapan dengan penjualan yang agresif sehingga kehilangan lebih 100 pips daripada paras tertinggi, jatuh ke paras 1.2830 setakat jam 11.20

GBP/USD berhadapan dengan penjualan yang agresif sehingga kehilangan lebih 100 pips daripada paras tertinggi, jatuh ke paras 1.2830 setakat jam 11.20 malam.

Pasangan matawang ini pada awal sesi dagangan AS mendapat dorongan untuk menaik apabila data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat yang diterbitkan lebih rendah daripada ramalan, namun pendakian bertemu dengan zon supply yang baru sekitar harga 1.2925.

Selain daripada itu, GBP juga ditekan oleh khabar angin yang mengatakan bahawa kerajaan UK akan membentangkan satu kenyataan kecemasan perniagaan selepas pindaan pilihan raya kabinet dilakukan pada hari Isnin yang lalu.

Risiko untuk berlakunya snap election di UK semakin meningkat selepas Boris Johnson pada hari Selasa yang lalu mengatakan bahawa hanya pilihan raya baru merupakan cara yang dapat dilakukan untuk melenyapkan kebuntuan Brexit jika EU bersetuju menangguhkan tarikh peralihan sehingga bulan Januari.

Walaupun pullback yang besar pada hari ini, GBP/USD masih bertahan di atas paras ‘swing low’ yang terbentuk semalam, menjadi kawasan yang dinantikan oleh paras pelabur untuk menambah posisi jualan untuk dagangan jangka masa terdekat di bawah harga 1.2800.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: