GBP/USD Bertahan Di Dalam ‘Tringale Pattern’ Selepas ‘Flextesion’ Brexit Diluluskan

GBP/USD Bertahan Di Dalam ‘Tringale Pattern’ Selepas ‘Flextesion’ Brexit Diluluskan

Pound Sterling mencatat perubahan kecil pada hari Khamis, didagang sekitar $1.3086 setakat jam 2.40 petang, bertahan di dalam tringle pattern antara

Pound Sterling mencatat perubahan kecil pada hari Khamis, didagang sekitar $1.3086 setakat jam 2.40 petang, bertahan di dalam tringle pattern antara $1.2945 dan $1.3380 yang terbentuk pada bulan yang lalu.

Tiada reaksi mendadak berlaku ke atas pound walaupun EU telah meluluskan penangguhan tarikh Brexit buat kali kedua yang lebih fleksibel.

Penangguhan yang turut dikenali sebagai ‘flextension’ memberi pilihan kepada UK untuk mengumumkan secara rasmi pilihan Brexit mereka sebelum 31 Oktober.

Keputusan yang diumumkan selari dengan jangkaan pasaran bahawa UK tidak akan keluar daripada blok Eropah pada hari Jumaat tanpa sebarang perjanjian.

Namun keputusan tersebut hanya memberi ruang kepada UK untuk menjelaskan bila dan bagaimana mereka akan keluar daripada EU, sekali gus menyebabkan para pelabur pound mengambil sikap yang lebih berhati-hati.

Ahli ekonomi melihat penangguhan yang diluluskan hanya berjaya mengelak daripada berlakunya ‘no-deal Brexit’ pada bulan ini, akan tetapi dari sudut politik masih sukar untuk melihat parlimen menyokong usul perjanjian dalam masa yang terdekat.

Jika ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengulangi reaksi yang sama risiko untuk pound terus dijual adalah lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: