GBP/USD Bertemu Tekanan Penjualan Yang Agresif, Ketepikan Laporan PMI Pembuatan Yang Positif

GBP/USD Bertemu Tekanan Penjualan Yang Agresif, Ketepikan Laporan PMI Pembuatan Yang Positif

Pasangan matawang GBP/USD merekodkan penurunan intraday yang besar pada hari Rabu, lepasi support 1.2700 dan mengabaikan data PMI Pembuatan yang lebih

Pasangan matawang GBP/USD merekodkan penurunan intraday yang besar pada hari Rabu, lepasi support 1.2700 dan mengabaikan data PMI Pembuatan yang lebih baik daripada jangkaan.

Selepas bergerak ke paras tertinggi 1.2733, pasangan matawang ini bertemua tekanan penjualan yang agresif apabila permintaan dollar memulih pada hari pertama dagangan tahun baru.

Walaupun masih dikelilingi faktor-faktor negatif seperti jangkaan dovish Fed pada tahun ini dan penutupan sebahagian kerajaan AS yang masih berlanjutan, namun mood risk-off berjaya mengalihkan perhatian pelabur kepada greenback sebagai salah satu pilihan matawang safe haven.

Keadaan ini sekali gus mengukuhkan dollar berbanding matawang utama yang lain pada sesi Eropah hari Selasa, namun gagal menandingi yen Jepun yang masih menjadi pilihan utama instrumen safe haven.

Berbanding pound, momentum penurunan GBP/USD dilihat terhenti pada zon 1.2680/90 berikutan data PMI Pembuatan UK bagi bulan Disember yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang adalah lebih baik, dengan bacaan naik ke paras tertinggi enam bulan lepas.

Namun begitu, kesan daripada laporan tersebut terhad berikutan fokus utama masih tertumpu kepada perdebatan di parlimen UK berkenaan syarat perjanjian Brexit Theresa May yang bakal berlangsung pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: