GBP/USD bergerak hampir sekata dalam julat yang kecil sekitar 30 pips pada sesi dagangan Asia hari Rabu. Pasangan matawang ini telah naik ke paras
GBP/USD bergerak hampir sekata dalam julat yang kecil sekitar 30 pips pada sesi dagangan Asia hari Rabu.
Pasangan matawang ini telah naik ke paras 1.3910 pada sesi yang lalu, namun mula berundur daripada paras tertinggi harian dan kini bergerak ke bawah garisan support 1.3874 pada sesi Eropah.
Kenaikan terhalang disebabkan oleh sentimen pasaran yang masih dalam keadaan risk-off, mengurangkan permintaaan pada matawang yang lebih berisiko tinggi seperti GBP dan meningkatkan permintaan safe haven seperti Yen.
Hal ini didorong oleh dua perkara iaitu kebimbangan perang perdagangan global dan peletakan jawatan penasihat utama ekonomi Trump, Gary Cohn yang menentang penetapan tariff cukai dagangan Trump.
Tanpa data ekonomi penting daripada UK, fokus pelabur kini tertumpu kepada pergerakan jangka masa pendek USD melalui data ADP NFP dan ucapan ahli FOMC, Bostic dan Dudley bagi mencari petunjuk baru tentang pandangan Fed terhadap unjuran dasar kewangan di masa hadapan.
GBP/USD kini didagang sekitar 1.38606 pada jam 5.25 petang.
COMMENTS