GBP/USD Berundur, Temui Support Di Paras 1.2800

GBP/USD Berundur, Temui Support Di Paras 1.2800

Pasangan matawang GBP/USD masih bertahan di zon merah dan sekali lagi menemui support sekitar harga 1.2800 selepas laporan PMI Perkhidmatan UK dikelua

Pasangan matawang GBP/USD masih bertahan di zon merah dan sekali lagi menemui support sekitar harga 1.2800 selepas laporan PMI Perkhidmatan UK dikeluarkan pada jam 4 petang.

Lonjakan GBP/USD ke zon supply yang baru sekitar 1.2870 serta permintaan dollar yang meningkat telah mengembalikan pasangan matawang ini ke zon negatif.

Tambahan pula, sentimen pound terus ditekan oleh ketidaktentuan Brexit selama lima sesi pasaran berturut-turut.

Walau bagaimanapun, penjualan pound semakin reda selepas data PMI perkhimdatan UK yang diterbitkan pada hari melebihi jangkaan pasaran.

Angka tersebut sekali gus menampung kelemahan dua data makro pada minggu ini dimana aktiviti pembuatan dan pembinaan UK bergerak lebih peralahan berbanding ramalan.

Selain itu, peningkatan 54.3 mata pada bacaan akhir PMI Perkhidmatan UK bagi bulan Ogos oleh Markit pada hari ini turut memulihkan pound sekitar 25 pips berbanding greenback.

GBP/USD kini didagang sekitar 1.2817, turun sebanyak -0.29% setakat jam 8.30 malam.

1.2800 (S1) dilihat sebagai satu garisan support psikologi. Jika ditembusi, akan mengesahkan momentum bearsih yang baru dan berpotensi turun ke paras 1.2765 (S2) dan ke paras support utama 1.2700 (S3)

Harga 1.2900 perlu ditawan oleh pembeli untuk mengekalkan penguasaan bullish di dalam pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: