GBP/USD Jatuh Ke Paras Terendah Dua Bulan Menjelang Sekatan Pergerakan Terbaru Di UK

GBP/USD Jatuh Ke Paras Terendah Dua Bulan Menjelang Sekatan Pergerakan Terbaru Di UK

Pound menyusut ke paras terendah dua bulan berbanding dolar AS, didorong oleh sekatan pergerakan terbaru bagi membendung gelombang kedua penularan wa

Pound menyusut ke paras terendah dua bulan berbanding dolar AS, didorong oleh sekatan pergerakan terbaru bagi membendung gelombang kedua penularan wabak di UK yang akan diumumkan oleh PM Boris Johnson pada hari ini.

Pasangan matawang GBP/USD sehingga jam 6.25 petang melanjutkan penurunannya selepas jatuh dari zon psikologi utama 1.300 dan kekal di bawah tekanan penjualan tiga sesi berturut-turut pada hari Selasa.

Johnson akan memaklumkan kepada orang ramai untuk bekerja dari rumah dan mengumumkan sekatan terbaru di pub, bar dan restoran yang mana dilihat hampir menyerupai ‘lockdown’ yang pernah dilaksanakan pada bulan Mac.

Namun begitu, MUGG Reserach dalam notanya berkata, “Dengan mengandaikan bahawa lockdown selama dua minggu penuh dapat dielakkan, pasaran mungkin akan menunjukkan isyarat kelegaan, disokong kuat oleh padangan sejak kebelakangan ini yang melihat sekatan penuh sebagaimana bulan Mac-Mei dapat dielakkan”.

Pasaran juga dilihat mengenepikan komen Gabenor BoE Andrew Bailey yang mengatakan pemulihan ekonomi UK dilihat bergerak agak pesat dan stabil walaupun tidak sekata di samping mengakui permintaan pekerjaan masih lemah dan kadar pengangguran masih tinggi.

Tambahan pula, kebimbangan yang berterusan terhadap isu Brexit turut menjadi penyumbang kepada kelemahan pound pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: