GBP/USD: Kejatuhan Akibat Kelemahan Data UK Buka Peluang Pembelian Di Paras Yang Lebih Rendah

GBP/USD: Kejatuhan Akibat Kelemahan Data UK Buka Peluang Pembelian Di Paras Yang Lebih Rendah

Penjualan berterusan USD telah menjadi tema sepanjang bulan Ogos, termasuk pada hari pertama bulan September 2020. GBP/USD memanfaatkan keyakinan

Penjualan berterusan USD telah menjadi tema sepanjang bulan Ogos, termasuk pada hari pertama bulan September 2020.

GBP/USD memanfaatkan keyakinan pasaran dan penjualan safe haven USD untuk meneruskan uptrend dan mengenepikan kebimbangan pada isu-isu berkaitan Brexit.

Antara berita yang mengukuhkan optimis pelabur adalah laporan dari AstraZeneca yang berpusat di Britian bahawa mereka dalam proses melancarkan ujian vaksin koronavirus ke atas 50,000 calon di AS.

Projek ini dianggap sebagai salah satu rawatan termaju di dunia dan harapan untuk menyelesaikan krisis telah menyebabkan saham meningkat dan dolar menurun.

Sentimen juga semakin kukuh selepas Apple melaporkan peningkatan pengeluaran iPhone dan juga bacaan indeks PMI Pembuatan Cina yang lebih baik.

Namun begitu, alasan utama untuk trend ketika ini adalah datang dari perubahan pendirian Federal Reserve kepada dovish apabila membenarkan inflasi untuk ‘overheat’ sebelum menaikkan kadar faedah.

Sementara itu di UK, rundingan Brexit masih buntu walaupun sebahagian pelabur dilihat telah meletakkan harga pada

Rishi Sunak selaku Canselor Exchequer atau menteri kewangan UK, dijangka akan mengumumkan kaedah mendapatkan bantuan dana dari tabung kerajaan.

Menurut beberapa laporan, beliau akan mengumumkan pungutan petrol, sementara sebahagian yang lain mengharapkan UK menaikkan cukai korporat.

Secara keseluruhan, GBP/USD masih kekal menaik dan sebarang tekanan dari berita-berita di UK dilihat hanya bersifat sementara dan memberi peluang kepada pasaran untuk membeli di paras yang lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: