GBP/USD Kekal Di Atas 1.1300 Selepas BoE Naikkan Kadar Faedah

GBP/USD Kekal Di Atas 1.1300 Selepas BoE Naikkan Kadar Faedah

Pound sterling telah mengurangkan sebahagian daripada keuntungan hariannya berbanding dolar AS selepas Bank Pusat England mengumumkan keputusan dasar

Pound sterling telah mengurangkan sebahagian daripada keuntungan hariannya berbanding dolar AS selepas Bank Pusat England mengumumkan keputusan dasar monetarinya yang terkini.

Setakat jam 8.45 malam, pasangan mata wang itu didagang sekitar 1.1315, kekal selesa di atas paras terendah 1985 yang telah disentuh di awal sesi dagangan hari ini.

Sebagaimana yang dijangkakan, BoE telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, kenaikan ketujuh sejak Disember tahun lalu.

Keputusan yang diterbitkan pada jam 7 petang tadi bagaimanapun berkemungkinan telah mengecewakan sesetengah pelabur yang menjangkakan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.

Hal ini dilihat telah menjadi faktor utama yang bertindak sebagai halangan kepada pengukuhan pound British.

Selain itu, tinjauan ekonomi UK yang suram juga berkemungkinan menjadi salah satu punca menyekat kenaikan pasangan mata wang itu.

Situasi ini sekali gus mendorong para pelabur untuk lebih berhati-hati dengan sebarang posisi pemulihan yang lebih bermakna dalam tempoh terdekat.

Daripada perspektif teknikal, GBP/USD pada hari ini telah berjaya keluar daripada kemerosotan untuk kembali berada di atas garisan trend jangka panjang yang telah ditembusi awal pagi tadi berikutan pengukuhan dolar AS.

Namun, dolar AS yang semakin melemah berikutan peningkatan mendadak permintaan yen Jepun pada sesi dagangan Asia hari ini, telah mengehadkan kejatuhan GBP/USD.

Mata wang yen naik mendadak pada hari ini, melebihi dua peratus berbanding dolar apabila kerajaan Jepun dilaporkan telah campur tangan dalam pasaran forex.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: