GBP/USD Kembali Memburu 1.42 Selepas Jatuh Lebih 170 Pips

GBP/USD Kembali Memburu 1.42 Selepas Jatuh Lebih 170 Pips

GBP/USD didagang tinggi menjelang pembukaan pasaran Eropah hari Rabu, menghampiri semula harga 1.4190 dan dijangka akan cuba menembusi paras resistanc

GBP/USD didagang tinggi menjelang pembukaan pasaran Eropah hari Rabu, menghampiri semula harga 1.4190 dan dijangka akan cuba menembusi paras resistance tersebut.

Pada hari Selasa yang lalu, pasangan matawang ini telah jatuh mendadak, namun support muncul sekitar harga 1.4065 dengan pound diangkat semula walaupun greenback mengukuh pada sesi New York yang lalu, memicu penjualan matawang utama yang lain secara keseluruhan.

Kejatuhan Pound didorong oleh ulasan Bank Pusat England (BOE) apabila menyuarakan kebimbangan terhadap pergerakan bullish matawang GBP dengan jangkaan meningkatkan ‘capital buffer’ pada institusi perbankan.

Walau bagaiamanpun, pound sterling dapat bertahan daripada terus tenggelam berikutan tiada perubahan pada kadar ‘buffer’ serta sokongan daripada beberapa laporan kecil yang telah memulihkan sentimen.

Isu Brexit telah menjadi salah satu faktor kelemahan GBP pada tahun ini. Namun dengan perjanjian terkini yang telah disepakati bersama Kesatuan Eropah (EU), disamping strategi Brexit yang lebih terperinci sedang diusahakan oleh UK berjaya menghilangkan kebimbangan pelaburan terhadap isu peralihan pada tahun hadapan

Keluarnya UK daripada Kesatuan Eropah memerlukan persempadanan yang lebih ketat antara Ireland dan UK. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan yang terkini, UK berjanji akan mencari jalan penyelesaian menangani masalah ‘hard-border’ yang menjadi kebimbangan Irish selepas Brexit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: