GBP/USD Kembali Merosot, Keghairahan Pelabur Terhadap Ransangan Fed & Trump Semakin Tenang

GBP/USD Kembali Merosot, Keghairahan Pelabur Terhadap Ransangan Fed & Trump Semakin Tenang

Dolar AS melemah sejak Fed memperkenalkan pembelian bon kerajaan dan MBF tanpa had sebelum pembukaan pasaran minggu ini. Kelemahan dolar AS telah

Dolar AS melemah sejak Fed memperkenalkan pembelian bon kerajaan dan MBF tanpa had sebelum pembukaan pasaran minggu ini.

Kelemahan dolar AS telah memandu peningkatan lebih 200 pips GBP/USD ke paras 1.1972 pada hari Rabu terutamanya selepas dewan White House mengumumkan bantuan ransangan fiskal terbesar dalam sejarah dengan tujuan membantu ekonomi yang terbeban akibat penularan wabak Covid-19.

Sebagaimana yang diumumkan, satu pakej bantuan bernilai $2 trillion telah dipersetujui selepas melalui satu perbincangan yang panjang dan akan diundi di dewan Senat pada hari ini.

Harapan yang tinggi telah menolak naik saham-saham global dengan saham Dow Jones mencatat peningkatan harian terbesar sejak tahun 1933.

Selain itu, perintah berkurung oleh kerajaan UK yang lebih ketat bagi menangani pandemik koronavirus turut membantu meningkatkan permintaan pound pada hari Rabu.

Namun begitu, GBP/USD kembali merosot, memadam hampir keseluruhan peningkatan intraday yang direkodkan berikutan keghairahan pasaran terhadap keputusan ransangan Fed dan White House semakin tenang.

Tambahan pula, peningkatan hasil bon AS turut menghadkan penyusutan dolar pada hari ini dan menyekat kemaraan GBP/USD untuk menjangkaui paras psikologi 1.20, kini didagang sekitar 1.1781 setakat jam 9.50 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: