GBP/USD Melemah Berhampiran Support, Memberi Harapan Kepada Para Pembeli Menjelang Keputusan Dasar BoE

GBP/USD Melemah Berhampiran Support, Memberi Harapan Kepada Para Pembeli Menjelang Keputusan Dasar BoE

Pasangan matawang GBP/USD terus bertahan di dalam julat 1.2990-1.3030 menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England 2020 yang pertama pada hari in

Pasangan matawang GBP/USD terus bertahan di dalam julat 1.2990-1.3030 menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England 2020 yang pertama pada hari ini.

Ahli ekonomi berbeza pandangan apakah BOE akan memotong kadar faedah pada hari ini atau mengekalkannya.

Sebahagian penganalisis melihat dengan kelemahan data terkini seperti inflasi yang rendah, menyusutnya jualan runcit dan mengucupnya ekonomi dapat dijadikan alasan untuk menurunkan kadar faedah.

Namun sebahagian yang lain menjangkakan BoE akan mengekalkan kadar faedah, namun salah seorang ahli MPC dijangka mengubah undian kepada ‘rate cut’, bersama-sama dua pembuat dasar yang lain.

Sebagaimana yang disebut oleh penganalisis JP Morgan Mike Bell, peningkatan perbelanjaan fiskal yang tinggi dan tinjauan perniagaan yang mengiysaratkan pemulihan ekonomi menunjukkan pemotongan kadar faedah tidak diperlukan.

Namun secara keseluruhannya, berhadapan dengan Brexit yang dijadualkan pada hari esok, fundamental masih belum menyebelahi pound.

Dari prespektif teknikal, walaupun risiko masih kebawah, namun harga yang masih kekal di atas zon support 1.30 membuka peluang untuk GBP/USD naik menguji resistance terhampir di paras 1.3040.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: