gbpusd-pound-10

GBP/USD Melonjak, Kerajaan UK Ubah Dasar, Batal Rancangan Pemotongan Cukai

Pasaran kewangan didagang secara optimis walaupun terdapat sedikit kebimbangan terhadap isu kemelesetan yang berterusan.

Kegawatan politik dan kewangan di Britain terus mencetuskan reaksi pasaran yang tidak menentu dan mendominasi pasaran pertukaran mata wang.

Pada awal dagangan yang lalu, spekulasi bahawa kerajaan baharu UK akan membatalkan racangan pemotongan cukai pendapatan 45% ke atas golongan berpendapatan tinggi telah mendorong peningkatan GBP/USD.

Namun, apabila Menteri Kewangan Britain Kwasi Kwarteng mengesahkan bahawa mereka akan menggugurkan idea itu, permintaan pound kembali merosot.

Hal ini kerana walaupun berlakunya pusingan U ke atas dasar fiskal Britian, perubahan tersebut belum dapat meyakinan pasaran dengan hasil bon 10 tahun kerajaan UK kekal berhampiran 4% selepas turun mendadak akibat campur tangan Bank Pusat England (BoE) dalam pasaran emas minggu lalu.

Bagaimanapun, penyusutan nilai dolar AS pada sesi yang lepas telah membantu GBP/USD untuk mengekalkan momentum sebelum mengakhiri dagangan hari Isnin sekitar 1.1320, naik 1.63%

Dolar AS cuba untuk maju menjelang pembukaan sesi dagangan AS yang lalu, namun pengucupan data PMI ISM Pengilangan pada bulan September telah meletakkan semula dolar ke landasan penurunan.

Kebanyakan pelabur melihat penurunan dolar AS ditengah-tengah ketidaktentuan global serta pengetatan dasar Fed yang lebih agresif sebagai satu bentuk pembetulan harga untuk menguji paras-paras sokongan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *