GBP/USD Mendatar Menjelang Mesyuarat Tergempar Boris Johnson

GBP/USD Mendatar Menjelang Mesyuarat Tergempar Boris Johnson

Serangan yang bertubi-tubi ke atas ekonomi akibat koronavirus telah memaksa PM UK Boris Johnson mengadakan mesyuarat tergempar pada hari ini dengan t

Serangan yang bertubi-tubi ke atas ekonomi akibat koronavirus telah memaksa PM UK Boris Johnson mengadakan mesyuarat tergempar pada hari ini dengan tujuan untuk segera menangani penularan wabak tersebut.

Pertemuan yang akan diadakan sekitar jam 1.15 PM GMT atau 9.15 malam waktu Malaysia dijangka memperlihatkan perubahan strategi daripada ‘bertahan’ kepada fasa ‘melambatkan’ sebagaimana yang disebut pada artikel Financial Times.

Antara aspek yang akan ditekankan adalah penutupan sementara sekolah di samping membatalkan sebarang perhimpunan awam yang besar.

Kerajaan UK juga dijangka tidak akan mengumumkan sebarang penambahan ransangan fiskal selepas BoE menurunkan kadar faedah mereka.

Walau bagaimanapun, Johnson terkenal sebagai seorang yang sentiasa memberi kejutan, menjadikan para pelabur lebih berhati-hati daripada meletakkan sebarang posisi yang lebih agresif.

Hal tersebut dapat dilihat menerusi pergerkaan GBP/USD dimana terus mendatar dalam julat yang kecil sehingga jam 4.15 petang, didagang sekitar 1.2828 dengan peningkatan 0.05%.

Selain keputusan mesyuarat di atas, beberapa data makro ekonomi AS juga menjadi tumpuan berikutan dinamik pergerakan USD dijangka akan terus mempengaruhi hala tuju pertukaran matawang sepanjang minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: