GBP/USD Mengejutkan Pasaran, Terjun Lebih 80 Pips Ke Paras Terendah 2 Bulan Yang Lalu

GBP/USD Mengejutkan Pasaran, Terjun Lebih 80 Pips Ke Paras Terendah 2 Bulan Yang Lalu

Pasangan matawang GBP/USD gagal untuk melanjutkan peningkatan intraday melepasi paras psikologi 1.30, kini jatuh mendadak ke paras terendah dua bulan

Pasangan matawang GBP/USD gagal untuk melanjutkan peningkatan intraday melepasi paras psikologi 1.30, kini jatuh mendadak ke paras terendah dua bulan yang lalu beberapa jam selepas pasaran AS dibuka.

Tekanan pembelian dollar ynag semakin kukuh pada awal sesi dagangan Amerika Utara dilihat menjadi faktor utama yang mendorong terjunan lebih 80 pips GBP/USD, berundur daripada paras tertinggi 1.3019.

Selain itu, penurunan ini mungkin turut dipandu oleh cetusan ‘stops order’ selepas harga menembusi paras support penting pada garisan 200-hari SMA, memicu dagangan jangka masa pendek dan menguatkan lagi momentum bearish beberapa jam yang lepas.

Dua pergerakan menjadi perhatian utama iaitu adakah kedudukan harga terkini akan mula menarik perhatian pelabur untuk membeli pada harga yang lebih rendah atau pergerakan ini akan dijadikan sebagai tanda bearish untuk masa terdekat sementara perhatian mereka kembali beralih kepada perkembangan Brexit.

PM UK Theresa May dijangka mengulangi rundingan Brexit beliau bersama ketua pembangkang pada hari ini walaupun ketua pembuat dasar daripada Parti Konservatif sekali lagi cuba untuk memecat May menjelang pilihan raya Eropah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: