GBP/USD Meroket Ke Zon Kritikal, 3 Faktor Penghalang Diteliti

GBP/USD Meroket Ke Zon Kritikal, 3 Faktor Penghalang Diteliti

Pound mencatat prestasi terbaik pada hari Selasa yang lalu dengan GBP/USD melonjak hampir 200 pips daripada paras terendah 1.2176 kepada 1.2353. K

Pound mencatat prestasi terbaik pada hari Selasa yang lalu dengan GBP/USD melonjak hampir 200 pips daripada paras terendah 1.2176 kepada 1.2353.

Kemajuan isu Brexit menjadi punca utama mendorong pergerakan tersebut terutamanya apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa Britian berpotensi mengikat perjanjian pertama mereka pada rundingan seterusnya.

Hal ini kerana, UK dikhabarkan akan memperoleh konsesi daripada blok Eropah ke atas tuntutan mereka berkaitan isu perikanan.

Presiden EU Michel Barnier berkata membenarkan akses ke dalam perairan perikanan Britain merupakan salah satu harga yang perlu dibayar oleh kerajaan UK untuk meraih kesepakatan perdagangan dengan blok Eropah.

Walau bagaimanapun, pihak diplomasi EU secara peribadi tidak bersetuju dengan rundingan tersebut dan menganggap ianya ‘mustahil’ untuk dilaksanakan, sekali gus mengekalkan potensi senario ‘no-deal Brexit’ di dalam senarai.

Oleh itu, perkembangan Brexit secara keseluruhannya belum memaparkan kemajuan yang kukuh dan akan terus menjadi isu yang akan diperhatikan daripada semasa ke semasa.

Faktor penghalang kedua adalah pendirian bank pusat England (BoE) menerusi ketua ekonomi Andy Haldane yang memberi isyarat bahawa bank pusat belum melihat keperluan dilaksanakan kadar faedah negatif.

Manakala faktor yang ketiga adalah ‘pullback’ dolar AS akibat suasana geopolitik. Ekuiti global masih berpeluang untuk naik pada minggu ini, namun belum dapat mematahkan momentum pendakian USD sembilan minggu berturut-turut.

Permintaan ke atas dolar AS sebagai matawang lindung nilai harus diakui, terutamanya berhadapan dengan usaha Federal Reserve menangani krisis, selaras dengan bank pusat yang lain dengan bertujuan membantu kecairan USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: