GBP/USD Merosot, Dihimpit Isu Coronavirus & Hard Brexit

GBP/USD Merosot, Dihimpit Isu Coronavirus & Hard Brexit

Para pelabur pound dilihat menahan diri daripada meletakkan sebarang posisi yang agresif Berhadapan dengan ketidaktentuan terhadap keputusan yang bak

Para pelabur pound dilihat menahan diri daripada meletakkan sebarang posisi yang agresif Berhadapan dengan ketidaktentuan terhadap keputusan yang bakal diumumkan bank pusat England (BoE) pada minggu ini.

Kebimbangan bahawa UK akan keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian telah menyebabkan para pembeli pound dalam keadaan berjaga-jaga.

Hal ini ditegaskan oleh amaran ketua perunding Brexit daripada EU, Michel Barnier yang mengatakan masih terdapat risiko berlakunya masalah yang mendadak terhadap isu Brexit pada akhir tahun 2020.

Di samping itu, penularan penyakit coronavirus turut meningkatkan permintaan dollar sebagai salah satu pilihan matawang safe haven, sekali gus menjadi faktor menekan GBP/USD tiga sesi berturut-turut.

Namun begitu, penyusutan masih terhad berikutan mood risk-off ini turut meningkatan pemindahan masuk aset-aset safe haven global yang lain seperti emas, yen dan swiss franc.

Sehingga jam 4 petang, harga GBP/USD masih bergerak naik dan turun dalam julat yang diketahui dan penjualan yang berterusan telah mendorong untuk pasaran kembali menguji support bgerhampiran paras psikologi 1.3000

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: