GBP/USD Padam Lonjakan Minggu Lalu, Kebimbangan Terhadap Masa Depan Brexit Kembali Menghimpit Sentimen

GBP/USD Padam Lonjakan Minggu Lalu, Kebimbangan Terhadap Masa Depan Brexit Kembali Menghimpit Sentimen

Pasangan matawang GBP/USD meneruskan pullback, mengenepikan data pekerjaan UK yang lebih baik dan semakin jauh daripada paras psikologi 1.3500. Be

Pasangan matawang GBP/USD meneruskan pullback, mengenepikan data pekerjaan UK yang lebih baik dan semakin jauh daripada paras psikologi 1.3500.

Berdasarkan laporan terkini, kadar pengangguran stabil di paras 3.8% menjangkaui ramalan ahli ekonomi, manakala data pendapatan tanpa mengira bonus juga meningkat melebih jangkaan.

Walau bagaimanapun, spekulasi yang mengatakan bahawa Boris Johnson tidak akan memohon lanjutan bagi tarikh peralihan telah mengembalikan tekanan ke atas sentimen pound.

Kerajaan UK akan berusaha meluluskan perjanjian peralihan di parlimen supaya dapat menetapkan 31 Disember 2020 sebagai tarikh terakhir untuk mereka keluar sepenuhnya daripada EU.

Namun para penganalisis melihat tempoh tersebut adalah pendek untuk UK mendapatkan persetujuan EU. Oleh itu, ketidaktentuan akan terus menyelubungi Brexit sepanjang berlansungnya rundingan pada tahun hadapan.

Angka pekerjaan UK berjaya menghentikan seketika tekanan bearish GBP/USD pada akhir sesi dagangan Eropah yang lalu, akan tetapi penyusutan diteruskan pada sesi pasaran AS berikutan permintaan dollar mengukuh dengan dorongan data ekonomi AS yang positif.

GBP/USD telah merosot ke paras terendah intraday, didagang sekitar 1.3170, susut 1.20% atau 160 pips setakat jam 11.30 malam, memadamkan lonjakan besar-besaran minggu lalu yang didorong oleh kejayaan parti Konservatif membawa pulang majoriti yang lebih besar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: