Pasangan matawang GBP/USD telah memecahkan fasa naik turun yang terbentuk pada sesi Asia, jatuh menguji paras support 1.3200 sebelum pulih dan melomp
Pasangan matawang GBP/USD telah memecahkan fasa naik turun yang terbentuk pada sesi Asia, jatuh menguji paras support 1.3200 sebelum pulih dan melompat melepasi resistance 1.3255
Kegagalan menembusi support 1.32 telah menyebabkan permintaan dollar berkurangan sekali gus mendorong bullish GBP/USD mara ke paras 1.3275, naik 0.27% setakat jam 7 malam.
Para pelabur masih dalam proses menghadam keputusan undian Brexit yang mana akhirnya parlimen UK pada hari Khamis lalu memutuskan untuk meluluskan satu permohonan bagi melanjutkan Article 50.
UK kini akan menghantar permohonan penangguhan kepada EU bagi melanjutkan tarikh Brexit sehingga 30 Jun dan perkara ini perlu diluluskan sebelum 20 Mac hadapan.
Cadangan ini juga menetapkan tempoh penangguhan yang lebih lama sekiranya parlimen menolak usul perjanjian Brexit May buat kali ketiga.
Jangkaan penolakan berterusan usul perjanjian PM May di atas telah menyebabkan pound masih dibayangi isu ketidaktentuan Brexit.
Tanpa data penggerak utama pasaran daripada UK pada hari ini, tajuk berkaitan Brexit akan terus menjadi pemandu kepada sentimen pound.
Selain itu, data ekonomi AS yang akan diterbitkan bermula jam 8.30 malam juga akan mungkin dapat membuka peluang dagangan jangka masa pendek.
COMMENTS