GBP/USD: Pendakian Akan Dihalang Oleh Keputusan BoE & Sekatan Pergerakan UK Yang Lebih Ketat

GBP/USD: Pendakian Akan Dihalang Oleh Keputusan BoE & Sekatan Pergerakan UK Yang Lebih Ketat

Kelemahan dolar AS dilihat telah menjadi pemandu utama kepada pergerakan pertukaran matawang minggu lalu sehingga mendorong GBP/USD keluar daripada p

Kelemahan dolar AS dilihat telah menjadi pemandu utama kepada pergerakan pertukaran matawang minggu lalu sehingga mendorong GBP/USD keluar daripada paras terendah 10 hari dan tutup di atas 1.2900.

Jangkaan kemenangan Biden pada pilihan raya kali ini akan memberi kesan yang negatif kepada dolar menerusi pelaksanaan pakej ransangan yang lebih besar.

Namun begitu, tanpa kemenangan yang jelas, ketidakpastian tersebut tetap berpotensi mengukuhkan kembali permintaan USD sebagai pilihan safe haven.

Tambahan pula, sentimen pasaran ekuiti yang lemah dengan prospek kemelesetan ekonomi akibat perlaksanaan ‘lockdown’ yang baru juga akan menghadkan kemerosotan dolar.

Sementara itu, ketidaktentuan Brexit dan sekatan aktiviti ekonomi yang lebih ketat di UK pula dijangka akan menjadi penghalang kepada peningkatan GBP/USD minggu ini.

Selain pilihan raya AS, para pelabur akan meneliti keputusan mesyuarat bank pusat England (BoE) yang akan diumumkan pada hari Khamis.

BoE dijangka menggandakan program pembelian bon yang mana akan memberi kesan negatif kepada pound.

Bahkan, pasaran juga masih berpotensi dikejutkan dengan pengumuman kadar faedah negatif oleh BoE, sekali gus membuka pintu kepada kejatuhan pound yang lebih besar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: