GBP/USD: Penurunan Tanpa Noktah, Apakah Seller Akan Terus Menguasai?

GBP/USD: Penurunan Tanpa Noktah, Apakah Seller Akan Terus Menguasai?

Pound kerugian lebih 60 pips berbanding dollar dan didagang sekitar 1.2944 setakat jam 10.40 malam hari Isnin. Terjunan pasangan matawang ini didor

Pound kerugian lebih 60 pips berbanding dollar dan didagang sekitar 1.2944 setakat jam 10.40 malam hari Isnin.

Terjunan pasangan matawang ini didorong oleh kenyataan Menteri Perdagangan UK, Liam Fox di dalam sesi wawancara bersama akhbar Sunday Times di mana beliau menjelaskan bahawa potensi UK keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian kini telah mencecah 60 peratus.

Beliau turut mendakwa Suruhanjaya Eropah lebih meletakkan kepentingan peraturan EU berbanding kesejahteraan ekonomi negara di bawah naungan mereka.

Kenyataan Fox dibuat selepas Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney pada hari Jumaat lalu mengeluarkan amaran tentang risiko untuk UK keluar daripada EU tanpa sebarang persetujuan dalam rundingan Brexit yang hanya berbaki 11 minggu lagi.

Dalam laporan suku tahunan inflasi bulan Ogos, Carney turut menyebut ketidaktentuan Brexit menjadi risiko terbesar kepada unjuran ekonomi dan inflasi.

Sell-off GBP/USD telah menekan harga ke paras terendah tahunan yang baru, dan objektif ‘bear’ kini adalah menguji semula support 1.2920 (S1). Penembusan paras tersebut akan membuka peluang GBP/USD susut ke paras 1.2900 (S2) dan 1.2850 (S3)

GBP/USD kini sedang melakukan pullback daripada paras terendah dan akan berhadapan dengan resistance 1.2960 (R1) dan 1.2990 (R2). Jika pasangan matawang ini berjaya pulih dan tutup di atas 1.30, pengaruh seller di dalam pasaran dijangka berkurangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: