GBP/USD: Pergantungan Parlimen Mengeruhkan Suasana Politik Di UK, Laluan Ke Arah ‘Flash Crash’ Oktober 2016 Semakin Terbuka

GBP/USD: Pergantungan Parlimen Mengeruhkan Suasana Politik Di UK, Laluan Ke Arah ‘Flash Crash’ Oktober 2016 Semakin Terbuka

GBP/USD menambah kerugian minggu lalu, berundur lebih 80 pips kepada harga terendah mingguan/harian, didagang sekitar 1.2073 setakat jam 7.15 petang.

GBP/USD menambah kerugian minggu lalu, berundur lebih 80 pips kepada harga terendah mingguan/harian, didagang sekitar 1.2073 setakat jam 7.15 petang.

Para pelabur pound dalam keadaan berjaga-jaga pada pembukaan pasaran minggu ini berikutan ketidaktentuan politik UK yang semakin merunsingkan sehingga GBP/USD kehilangan lebih 200 pips selepas berjaya mencapai paras 1.2300 pada minggu lepas.

Isu politik UK semakin hangat diperdebatkan selepas PM UK Boris Johnson berjaya mendapat kelulusan untuk mengantung persidangan parlimen pada bulan September.

Tiada usul atau isu yang boleh dibangkit dan dibincangkan dan rang undang-undang juga tidak dapat diluluskan sepanjang pergantungan tersebut.

Tindakan Johnson dilihat meningkatkan lagi potensi senario ‘no-deal’ pada 31 Oktober dan kelemahan pihak pembangkang untuk terus melawan peralihan secara hard-Brexit turut menyokong pandangan tersebut.

Tekanan ke atas pound dijangka akan terus menguasai pasaran pada minggu ini berikutan para pelabur sedang memerhatikan apakah kemungkinan untuk Johnson berhadapan undi tidak percaya serta apakah peratusan untuk UK mengadakan pilihan raya semula.

Walaupun berhadapan ketidaktentuan di atas, bank pusat England (BoE) tetap mengekalkan pendirian mereka tentang Brexit yang mana BoE enggan memasukkan senario peralihan tanpa perjanjian ke dalam unjuran mereka.

Pada prespektif teknikal, penguduran GBP/USD membuka laluan untuk menguji support di paras 1.2015 dan jika paras ini berjaya ditembusi, harga berpotensi untuk terus jatuh ke paras 1.1985 dan kemudian ke paras ‘flash crash’ Oktober 2016, 1.1905

1.2300 pula kekal menjadi zon resistance yang perlu dilepasi para pembeli untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa sebelum naik menguji harga 1.2350 dan 1.2570

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: