GBP/USD Punyai Ruang Meningkat Selepas Pilihan Raya

GBP/USD Punyai Ruang Meningkat Selepas Pilihan Raya

Ketidakpastian keputusan pilihan raya AS telah medorong kemunduran GBP/USD pada hari Rabu. Namun begitu, pound sterling masih mempunyai sokongan u

Ketidakpastian keputusan pilihan raya AS telah medorong kemunduran GBP/USD pada hari Rabu.

Namun begitu, pound sterling masih mempunyai sokongan untuk meningkat selepas tumpuan pasaran beralih daripada pilihan raya kepada kemajuan rundingan Brexit.

Proses kiraan undi pada pilihan raya AS kali ini akan mengambil tempoh yang lebih panjang, malah berisiko untuk berlakunya kiraan semula undi.

Dunia kini sedang memerhatikan keputusan di Georgia, Wisconsin, Nevada, North Corolina dan Pennsylvania yang dijangka akan mengambil waktu lebih lama.

Oleh itu, semakin lama ketidaktentuan ini berlangsung, semakin tinggi permintaan safe haven dolar.

Menerusi perbincangan Brexit yang terkini, EU dan UK dilaporkan telah bersetuju pada satu syarat yang baru.

Malah kedua-dua pihak dilihat bertahan daripada mengeluarkan sebarang dakwaan atau kenyataan yang negatif, yang mana akan menyokong peningkatan pound.

Selain itu, faktor yang akan mengukuhkan pound adalah isyarat yang menunjukkan UK sedang meratakan lengkung jangkitan wabak.

Walaupun jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akan terus meningkat, namun peluang untuk kawalan pergerakan tidak dilanjutkan semakin cerah.

Senario ini juga akan membuka peluang kepada Bank Pusat England (BoE) untuk terus menambah ransangan yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: