GBP/USD Terus Mara Dengan Kekalahan Boris Johnson Di Parlimen

GBP/USD Terus Mara Dengan Kekalahan Boris Johnson Di Parlimen

Dollar jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain walaupun meningkat berbanding Yen berikutan undian yang telah berlansung di parlimen UK, da

Dollar jatuh berbanding matawang-matawang utama yang lain walaupun meningkat berbanding Yen berikutan undian yang telah berlansung di parlimen UK, data-data yang lebih baik dan harapan melihat krisis politik Hong Kong mereda.

Ketiga-tiga faktor di atas telah mengembalikan keinginan risiko para pelabur disamping menghadkan permintaaan aset-aset safe haven termasuk dollar.

GBP/USD juga mengambil peluang untuk terus mara ke paras yang lebih tinggi selepas kekalahan Boris Johnson di parlimen telah membuat pasaran lebih optimis bahawa ‘no-deal’ Brexit dapat dielakkan.

Sehingga jam 5.55 petang, GBP/USD telah naik 0.46% melepasi zon resistance yang penting 1.2300, didagang sekitar 1.2307

Pada hari Rabu yang lalu, parlimen UK telah mengadakan satu undian untuk menghalang Johnson daripada membiarkan UK keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian pada 31 Oktober.

Mereka juga menolak usul awal untuk diadakan pilihan raya lebih awal iaitu dua minggu selepas Brexit dikuatkuasakan.

Walau bagaimanapun, perkembangan politik di UK masih belum jelas dan penganalisis daripada JP Morgan memberi amaran bahawa Johnson masih mempunyai peluang untuk mendapatkan sokongan bagi ‘snap election’ dan juga ‘hard-Brexit’.

Tambahan pula, peranan dollar dalam memandu pasaran pertukaran matawang masih pasif menjelang laporan NFP esok dengan indeks USD telah jatuh ke paras 98.27 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: