GBP/USD Uji ‘Resistance’ 1.21, Tumpuan Beralih Kepada Data CPI AS, KDNK UK Minggu Ini

GBP/USD Uji ‘Resistance’ 1.21, Tumpuan Beralih Kepada Data CPI AS, KDNK UK Minggu Ini

Bank Pusat England (BOE) mengeluarkan pandangan yang suram pada minggu lalu, yang mana telah mengehadkan kenaikan pound sterling berbanding dolar AS.

Bank Pusat England (BOE) mengeluarkan pandangan yang suram pada minggu lalu, yang mana telah mengehadkan kenaikan pound sterling berbanding dolar AS.

Malah, BOE juga memberi amaran bahawa kemelesetan UK yang berpanjangan akan bermula pada suku keempat dan mengatakan bahawa dasar monetari tidak berada pada laluan yang telah ditetapkan.

Situasi ini sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk BOE memperlahankan kelajuan kitaran pengetatan kadar faedahnya.

Sementara bagi dolar AS, pengukuhan data NFP minggu lalu hanya memberi dorongan sementara kepada permintaan mata wang itu.

Secara amnya, nada yang positif pada pasaran ekuiti telah melemahkan permintaan mata wang safe haven dan memberi sedikit sokongan kepada peningkatan GBP/USD hari ini.

GBP/USD kini sedang menguji resistance utama di paras 1.2100, didagang sekitar 1.2110 setakat jam 8.35 malam.

Walau bagaimanapun, prospek pengetatan dasar Fed yang lebih agresif masih dilihat mampu menjadi pendorong kepada hasil bon AS, sekali gus memihak kepada kenaikan nilai dolar.

Tambahan pula, data pekerjaan AS yang menunjukkan penambahan 528 ribu pekerjaan pada bulan Julai, satu peningkatan melebihi jangkaan.

Hal ini memberi isyarat akan tekanan inflasi yang lebih tinggi dan meningkatkan kemungkinan kenaikan 75 mata asas kadar faedah oleh Fed pada mesyuarat September nanti.

Oleh itu, tumpuan pasaran kini beralih kepada bacaan inflasi pengguna (CPI) AS terkini, yang akan diterbitkan pada hari Rabu.

Data tersebut akan mempengaruhi jangkaan kenaikan kadar Fed dan memainkan peranan penting dalam memacu permintaan dolar bagi jangka pendek.

Selain itu, pelabur akan mengambil petunjuk daripada laporan awal KDNK Q2 UK pada hari Jumaat untuk menentukan arah pergerakan seterusnya bagi pasangan GBP/USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: